Mama takut bila nanti adik Adnin dah keluar Mama akan lupakan Adnin.lupakan wajah Adnin,lupakan suara Adnin,lupakan senyum Adnin,lupakan segala-galanya tentang Adnin.Kadang-kadang ada hari-hari yang berlalu mama terlupa untuk rindukan Adnin.Bila Mama mahu pejamkan mata barulah bayangan Adnin datang.Makanya, mama mohon selalulah Adnin datang dalam mimpi.Menatap wajah Adnin dalam mimpi pun Mama dah cukup bahagia.
According to Dila
Tuesday, December 6, 2016
Friday, December 2, 2016
Kemaskini
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Dah lama betul tak menulis di laman blogspot ni.Post terakhir bertarikh 25 September 2015.Dah lebih setahun pun dan aku pun dah lupa post tersebut sebenarnya membiacarakan tentang apa kerana gambar-gambar yang aku upload dah terhapus dengan sendiri.
Alhamdulillah,masih diberikan kesempatan untuk bernafas oleh Allah hingga ke hari ini.Sekadar mahu update serba sedikit tentang hal-hal terkini hidup aku buat masa sekarang. Aku masih lagi tinggal di Langkawi bersama suami tersayang. Dulu bertiga sekarang berdua kerana putera sulungku Muhammad Adnin Hafiz bin Azree sudah pun berangkat bertemu penciptanya lebih kurang setengah tahun yang lalu pada tarikh 23/05/2016. Wildan syurgaku meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah (sepsis) pada usianya 10 bulan.
Keadaan kami baik-baik sahaja.Walaupun ada hari kami lemah,kami tiada pilihan.Harus berdiri kuat juga,Sebulan selepas keberangkatan baby Adnin, kami menerima berita gembira.Allah gantikan kami dengan kehadiran adinda kepada Adnin dalam rahim ku.Subhanallah, Maha Suci Allah.Sekarang, aku hamil 22 minggu dan besar kemungkinan kami bakal menerima cahaya mata perempuan awal April tahun depan.
Sekarang aku masih menyambung pelajaran di semester terakhir di UUM.Beberepa semester terpaksa ditunda kerana sibuk menguruskan arwah puteraku yang sakit.Aku masih bertarung menghabiskan kerja-kerja akhir sebelum menamatkan pelajaran.Ye,bertarung dengan air mata dan emosi.Aku mohon kepada sesiapa yang sedang membaca catatatanku ini agar mendoakan kesejahteraan diriku dan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku di hari mendatang.
Terima kasih.
Thursday, September 24, 2015
Wednesday, September 2, 2015
Wednesday, May 27, 2015
Rindu dan Google Street View

Bangun pagi tadi, teringat pulak mak ayah di kampung. Tetiba terindu kampung halaman. Rindu bau kampung, bau rumput, bau bantal busuk, bau ayah bakar sampah bau dapur, bau bilik air...errkkkk, OK merepek. Lepas tu kan rajin je tangan ni pergi godek-godek Google Street View and tadddaaaaa, tanpa disangka-sangka masuk jugak kampung I dan rumah I yang tersergam indah di Pak Kancil yang gah dan mashur tu dalam rekod GSV, wallawey, hampir nak termenangis I mengenankan begitu canggihnya teknologi zaman sekarang.Makaseyy ya Google, susah-susah je jelajah seluruh dunia cari rumah I, haha, OK over sangat.
Makanya, terubatlah jua rindu di hati ni sikit-sikit walaupun gambar rumah tersebut memang dah outdated sebab keadaan rumah sebanar dah tak macam ni sebab ada sikit renovation kat bahagian depan. Tapi apa-apapun nasib baiklah rumput memang dah potong time ni, kalau tak tercemarlah view halaman rumah dengan lalang-lalang mau tak bengang bapak I nanti. Tapi kan, nak ceritanya memag power la GSV ni, sampaikan saya pun macam tercengang-cengang jugak la sebab kagum betul mwahaha. Boleh jelajah seluruh kampung guna GSV aje. Ada jugaklah dua tiga orang kampung terselit sama dalam GSV ni. Tapi dont worry, muka masing-masing memang dah di blur. Sape-sape pun dah tak kenal siapa anda.
Insya Allah 12 Jun nanti mak ayah saya nak datang Langkawi untuk ambil anakanda kesayangan mereka balik Terengganu. Maklumlah, masa tu dah 7 bulan mengandung. Suami pun bimbang sebab dia selalu outstation, takkanlah nak biarkan bini dia yang supercute and comel and chubby sangat dah ni duk sorang-sorang kan. Walaupun rindu kampung, tapi alahaiiii...sendunya nak kena pisah ngan suami. Allah, tak kuat lagi mental dan emosi. Tapi insyallah, harap-harap dapat jadi kuat dan bertahan sehingga hari bersalin nanti.Dah boleh bayang dah betapa merananya saya takde hubby kat sisi... ah, OK la,sampai sini je. Rasa macam nak nitik plak ayer mata ni T_T
Sunday, May 24, 2015
Menghampiri trimester ketiga
<Insert pendahuluan dan kata-kata aluan>
- Alhamdulillah, sekaranag usia kandungan sudah menghampiri 7 bulan. 6 bulan, 2 minggu to be exact.
- Seminggu yang lepas dah setel cucuk kancing gigi.Ouchhh.....boleh tahan jugak la menyengat dia punya cucukan tu. Balik rumah dengan harapan agar terus jatuh demam sebab malas nak pergi kelas hari Sabtu tu, but sadly tak demam-demam pun. Tehheee.... -__-".
- Lepas cucuk 2 3 jam lepas tu terus terasa seperti menggalas batu yang besar di bahu.Lenguh. Sengat-sengat bisa cucukan tu pun bertahan dua tiga hari jugaklah. Tapi alhamdulillah, takdelah sesakit seperti yang digembargemburkan sangat pun. Sakit sikit je compare to cucuk ambik darah. Jangan bebimbang sangat, tak berbaloi untuk dibimbangkan okeyyy :)
- HB rendah daripada biasa, bacaannya 10.5.Tapi tak kritikal sangat kot sebab masa check perut nurse tak ulas apa-apa pun pasal HB.So normal la maybe.
- Tak disangka-sangka ujian air kencing positif kencing kotor dengan bacaan +3. Jumpa Dr, ambil ubat antibiotik and Utix.Next check-up untuk tahu status terbaru air kencing is on 3rd June.
- I tak berapa suka makan antibiotik, sebab bau dia pelik.Walaupun dalam bentuk kapsul warna pink acah-acah hello kitty sangat kan, tapi bila masuk dalam mulut terus terasa dia punya aroma "bahan kimia".Rasa macam makan racun pun ada.Pastu UTIX tu, bila kita larut dalam air bau dia best tapi bila lalu je ikut tekak ya rabbi, rasa macam telan cecair pencuci tandas sampai I pun ragu-ragu betul ke benda ni kena minum..haha!
- Untuk elakkan kencing kotor, minum air banyak-banyak untuk flush segala mak nenek toksid dalam badan. Tak bagus tau kencing kotor time mengandung.Tak caya cuba baca sini.
- Minggu lepas, bila nurse check perut dia cakap "baby kecik". I iz risau jugak.Maybe sebab tak banyak minum susu kot -__-"
- Buat masa ini,baby sangatlah aktif. Kalau dulu saya perasan waktu maghrib and midnight je baby gerak-gerak, tapi sekarang boleh dikatakan tetiap masa dia berkuak-lentang dalam perut.Sampai kadang-kadang senget sebelah perut Mummy dia.
- Bila baby banyak gerak, satu perkara yang selalu dibimbangkan adalah bila mana baby tak berapa aktif sangat. Pernah satu katika, tunggu baby gerak daripada maghrib sampailah tengah malam nak tidur,baby tak gerak-gerak. Allah, saya punyalah risau masa tu. Sejam sekali terbangun dari tidur nak rasa baby bergerak tapi tak gerak-gerak. Dengar azan Subuh, terus mandi dan nangis dalam bilik air sorang-sorang sampai bengkak mata sebab fikir kot2 ada something yang tak elok jadi kat baby.
- Tapi Alhamdulillah, dua tiga jam lepas tu baby aktif balik. Mummy pun menarik nafas lega walaupun seharian bad mood sampaikan terbergaduh dengan husband sampaikan tertengking husband (sangat kurang ajar OK) sampaikan termenangis teresak-esak dalam pelukan husband minta dipujuk...ahahaha!Tapi tak kelakar pun okey sebab sampai sekarang still rasa berdosa dengan husband.
- Saya dah beli set berpantang TANAMERA.Iye, semangat betul mak buyung ni nak dapatkan balik body asal persis Miranda Kerr sebelum mengandung. Dah lama intai-intai baca review pasal set TANAMERA ni dan rata-rata ulasan memang highly reccomended. So, kebetulan baru-baru ni ada promosi, terus bank-in tanpa ragu-ragu. Sekarang tak sabar tunggu parcel tu, nak selongkar benda apa yang ada dalam set tu.Hihi.
- Btw, jantina baby tak check pun lagi but naluri ibu kuat mengatakan my lil ninja warrior ini berkromosom XY.Bali baju baby tak boleh ikut nalury, ahaha...so scan 7 bulan nanti insyallah dapat la kita tahu XX ke XY ye.
- Itu je la kot...bye.
- Oh btw sekali lagi nak cakap, esok itteww nak kena minum air gula. Tapi takpe, bring it on bebeh, I'm so ready for this.
<Insert ayat penutup>
Tuesday, May 5, 2015
Subscribe to:
Comments (Atom)


