Latar masa dalam
buku ini terbahagi kepada dua. Pertama, suatu masa beratus-ratus juta tahu
dahulu. Mungkin zaman awal penciptaan manusia. Kedua, zaman sekarang berlatar
tempatkan di sebuah Bandar di Amerika Syarikat.
Watak Dor hidup
di dua latar masa. Di awal penceritaan, penulis membawa kita menelurusi zaman
di mana ketika itu manusia hidup tanpa ada hitungan waktu. Para penghuninya
menjalankan aktiviti seharian tanpa adanya istilah saat,jam,hari,bulan tahun.
Hidup dengan aman tanpa pernah mahu terburu-buru. Mereka hidup begitu seadanya
sehinggalah kemunculan watak Dor yang disifatkan penulis sangat obses membuat
penghitungan atau perkiraan sehinggalah dia diangkat sebagai manusia pertama
berjaya menghitung waktu. Namun begitu, insiden tragis yang menimpa isterinya yang
sakit membuatkan dia berusaha untuk menghentikan waktu bagi menyelamatkan
isterinya tersebut.
Akibat daripada
tindakannya itu, Dor kemudiannya diangkat ke langit, dikurung di suatu tempat
oleh “god servant” selama berjuta-juta tahun dan dalam tempoh tersebut dia
mendengar bermacam-macam suara manusia yang merungut tentang waktu. Sehinggalah
pada suatu hari dia dihantar oleh Tuhan ke zaman moden di mana dia ditugaskan
untuk membantu dua orang manusia zaman moden untuk lebih menghargai waktu.
Kemudian penulis
memperkenalkan 2 watak manusia zaman moden iaitu, Sarah Lemon dan Victor
Delamonte. Sarah Lemon adalah seorang pelajar sekolah menengah. Sarah Lemon,
gadis muda berasal dari keluarga yang agak kacau. Dia amat dahagakan kasih-sayang
dan cinta. Bila dia percaya yang dia telah berjumpa dengan seseorang yang amat
menyintainya, dia kemudiannya dikecewakan oleh lelaki tersebut kemudian
dimalukan di laman media social. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk membunuh
diri. “She wishes for less time”.
Victor
Delamonte, lelaki tua kaya-raya yang sedang menunggu ajal datang menjemput
kerana penyakit barah yang dihidapinya. Semasa hidupnya, Victor telah bertekad
unutk meyambung nyawanya dengan menggunakan kaedah cryptotanks, di mana jasad beliau
yang hampir mati akan disimpan di dalam silinder berais yang mana berfungsi
untuk membangkitkan dirinya kembali ke dunia masa depan. “He wishes for more
time”.
Ketika kedua-dua
watak ini sedang menuju ke ambang kematian, tugar Dor bermula. Dia mempertemukan
dua watak ini dalam satu dimensi yang waktunya terhenti. Pada ketika ini, Dor
memperlihatkan kepada Sarah dan Victor akibat daripada perbuatan mereka yang
seolah-olah mensabotaj waktu yang diberikan Tuhan kepada mereka. Pada mulanya
Sarah menyangka Ethan, pemuda yang dicintainya akan menangisi kematiannya.
Namun, setelah diperlihatkan masa hadapannya, Ethan sebenanrnya tidak pernah
rasa menyesal atas tindakannya yang memalukan Sarah. Sebaliknya, ada lagi
manusia yang lebih menghargai ketiadaanya yang mana kehadiran manusia tersebut
tidak pernah diambil pedulu olehnya. Apa yang lebih menyedihkan Sarah apabila
melihat keadaan ibu yang begitu menyayanginya menyalahkan diri sendiri atas
kematian Sarah.
Di pihak Victor, dia diperlihatkan bagaimana reaksi isterinya,
Grace melihat jasadnya di dalam silinder berais tersebut. Victor menyangka
Grace akan menangis menangisi nasibnya, namun sebaliknya yang tejraid adalah
Grace melepaskan amarahnya atas tindakan Viktor.Buku ini berakhir dengan
penyudah yang menggembirakan. Ketiga-tiga watak kembali semula ke dunia mereka
dan diberikan kesempatan untuk memperbetulkan kembali kesilapan mereka.