Bangun pagi tanpa mesej "Good Morning" dari dia.Balik kerja aku terus landing atas tilam walaupun rutinnya aku tak sampai rumah dia dah pun telefon aku.Dah dua malam aku campak handphone aku entah kemana.Ringing volume aku setkan paling maksimun.Aku tunggu dia call aku.Tapi hampa.Bila saje handphone aku berdering, aku harap akan muncul wajah dia di skrin telefon aku.Tapi bukan dia.Terus rasa nak campak handphone ke dinding biar berkecai jadi debu.(kah kah kah).
Malam pertama tanpa dia.Aku renung siling.Posisi badan atas katil dah macam fetus dalam rahim sambil peluk bantal.Sungguh aku kekok tak tahu nak buat apa.Rutin dah berubah.Sunyi betul hidup aku takde dia.Tak sangka aku betul-betul rindukan dia sampai satu tahap bukan sahaja hati aku sakit dan perih, kepala pun berdenyut-denyut.Rasa ada yang kurang.Incomplete.
Aku pujuk diri sendiri.9 bulan bukannya lama,
