Pregnancy Countdown

 Pregnancy Ticker

Tuesday, December 31, 2013

Parasit


 

" saya bukan hidup dalam kotak awak. Saya hidup dalam dunia saya yang luas.Macam-macam orang yang saya jumpa. Kalau awak nak simpan saya dalam kotak awak, maaf, saya tak boleh".

Aku tertarik betul dengan petikan ayat dalam novel Awek Chuck Taylor ni. Macam boleh relate dengan diri sendiri. Ini ayat yang Hafiz bagi kepada Fadilah sebelum dia break-up sebab awek dia ni kuat mengongkong dan macam parasit pun ada, 24 jam nak bertelefon, berSMS.

and one of my new year resolutions, 
cling to people less.

people di situ bermaksud siapa-siapa sajelah, kawan, boyfriend , adik beradik or even parents sekalipun because lately, I feel like I'm too clingy and emotional tak tentu pasal. So sorry if I annoyed you with my perangai. 

Jadinya, untuk 2014 ini, stop jadi parasit.
The end :)

Love Love

2014, a fresh start


I don't know why but I think 2014 is going to be a big year for me. Thinking of "menamatkan zaman bujang" in this year. LOL!Walaupun sebenarnya itu azam 2013, tapi tidak mengapa.Esok masih ada, insya Allah. 2013 bukan tak best, tapi permainan 2013 macam kasar sikit. I quit my job, then further study which is sangat tak masuk akal sebab dah ada kerja kan. Alasan further study sebab nak escape dari masalah hidup je sebenarnya...hiks.OK, tak lawak.Macam loser pun ada.Anyway, I love my life right now...walaupun pada mulanya rasa down jugak sebab macam sesat tak tahu mana arah tuju, hilang panduan. 

2014, macam kena suntik semangat. Dan suntikan semangat tu datangnya dari ibu-bapa sendiri dan bukan orang lain. "Buat apa tah sambung belajar, baik duduk rumah bla bla bla ...". Itu ayat yang keluar dari mulut seorang yang saya amat harapkan sokongan dari dia,...but it's OK. At least, dia jujur. Tapi kalau dah parents sendiri percaya kamu, sokong kamu depan belakang, doa siang malam, nikmat mana lagi yang kau ingin nafikan.Alhamdulillah, syukur for Allah has given me the most wonderful parents ever.

Banyak perkara nak buat dalam 2014.Dan antara banyak-banyak tu "kahwin" mungkin jadi highlight untuk 2014.Insya Allah.Konfiden ke kahwin tahun ni?Hahha...level konfiden tu hanyalah 70%.I don't know why...tapi perasaan itu mengatakan yang itu. Persoalan "is he the right person?" tu makin lama makin kerap pulak mengunjungi kotak hatiku...chewwaah.Ini semua 2013 punya pasal. 2013 ni memang bulan ribut, taufan, tornado tsunami dan macam-macam bala bencana datang berkunjung.Dah plan siap-siap, so now it is up to him to decide.

In 2014, I promise myself too to study hard. Target sangat tinggi, 4.0 yuolllsss...Insya allah.

Happy New Year Humans

Love Love




CJM


                                             Can I just keep him in my heart pocket now?



Wednesday, November 13, 2013

Buah Hati



Cahaya Kebijaksanaan
Moga bila besar nanti jadi anak yang ekselen.

Tuesday, November 12, 2013

13.11

untuk tuhan,
Terima kasih masih beri kesempatan.

untuk sayang,
Terima kasih atas ingatan

Untuk kalian,
Terima kasih sudi berteman.


Monday, November 11, 2013

konversasi 1

"awak dah cukup sempurna buat saya"

bunyi memang agak lame,tapi bait-bait perkataan itu sudah cukup membuat insan yang sedang menaip entri ini tersenyum sampai ke petang.

:)

dan

"tapi mungkin awak boleh cuba kurangkan sikit baran awak tu...jadi cool macam saya"

tambahnya lagi.

-__-"

Monday, October 28, 2013

sakit

Orang cakap “ absence makes your heart grow fonder”

tapi

Kelaziman tahun-tahun sebelum 9 purnama (yang kosong) itu dah tak wujud.

Manis rindu dah hilang.


Dan sebagai perempuan, aku kena kuat.

Kena tabah walau hari-hari perlu berkawan dengan air mata.

Saturday, October 26, 2013

cerita gula

"Subsidi gula dimansuh untuk kekang penyakit diabetes"

"Gula tidak baik untuk kehidupan seks anda"

Kenapa perlu menjadi rumit, hipokrit dan bodoh dalam mengeluarkan kenyataan bangang yang tiada tara sebegini rupa.Kata aje "kami mansuh subsidi gula sebab ini membazir" atau "kami mansuh subsidi gula untuk baiki ekonomi negara".

Alasan sebegini lebih masuk akal dan kami akan lebih berlapang dada dalam men"toleransi" janji-janji yang dibuat sebelum pilihan raya dahulu.Juga boleh bertoleransi dengan kamu-kamu yang tidak reti mentadbir ekonomi negara.

Sudahlah bodoh,mahu memperbodohkan orang pula.

Sunday, October 20, 2013

The journey


If you don’t design your own life plan, chances are you’ll fall into someone else’s plan. And guess what they have planned for you?

Not 
much.


Thursday, October 17, 2013

Kau tahu bila sesebuah buku itu sangat best bila...

kau sedang membaca di helaian mukasurat terakhir tapi kau masih berharap yang buku tu masih tebal dan cerita tu masih panjang.

Dan bila sampai je ke noktah terkahir,terus rasa blank tak reti nak buat apa & perlu ambil masa untuk terima hakikat yang buku tu dah tamat.

Tuesdays With Morrie

Bila baca buku ini di helaian-helaian terakhirnya, mata memang dah merah.Rasanya, seolah-olah aku pun ada sama dengan Mitch Albom di detik-detik terakhir Professor Morrie hidup di atas dunia.The way the writer describes the pain yang terpaksa ditanggung oleh Professor Morrie di akhir hayatnya pun boleh buat semacam aku juga menanggung sama kesakitannya.Tengah-tengah baca tu pun dada boleh rasa ketat,nak menangis.Sedar-sedar hidung dan mata dah berair..

Tema buku ini adalah cukup simple, MAKNA SEBUAH KEHIDUPAN.Mengisahkan hari-hari terakhir seorang Professor bersama dengan bekas pelajarnya di universiti.Professor Morrie menghidap penyakit ALS.Penyakit saraf yang menyebabkan badan beliau lumpuh sedikit demi sedikit dan akhirnya dia terpenjara dalam tubuhnya sendiri.Walaupun sakit tenat , Professor Morrie masih positif dan dia selalu katakan yang dia seorang yang beruntung dan kasihan melihat orang-orang disekelilingnya tidak menikmati hidup dengan gembira.

Setiap hari Selasa, Mitch akan datang jumpa Professor Morrie untuk belajar tentang kehidupan.Kelas bermula selepas sarapan.Tiada gred diberi,tiada buku yang digunakan tapi banyak topik yang diajar antaranya ialah tentang cinta, karier, komuniti, keluarga, aging (penuaan), kemaafan dan kematian.The last lecture was brief, only few words and a funeral was held in lieu of graduation.Sepanjang proses pembelajaran, Mitch ditugaskan untuk menyiapkan satu tesis.Dan sebenarnya, buku ini lah tesis terakhirnya bersama Professor Morrie.

My favourite chapter is the "The Seventh Tuesday: We Talk About The Fear Of Aging".I am 25 years old.Still not married and have no job,I mean real job!.Every night before going to sleep I always wish that I am 17 again because reflecting upon my youth, I don't think I am a happy teenager.I made a lot of mistakes and many things I wish I do I did't do.After read this chapter, I realise that I haven't found the meaning of my life yet.Atau dengan erti kata lain, aku memang tak puas hati dengan hidup aku sekarang and envy those peoples yang boleh buat benda yang dia nak,yang dia suka. Tapi, kalau kita puas hati dengan hidup kita, semua benda yang kita buat dah tercapai, kita tak akan teringin untuk jadi budak belasan tahun balik sebaliknya kita akan sentiasa mahu ke depan untuk buat benda-benda baru.

"If you always battling against getting older,you're always going to be unhappy, because it will happen anyhow"

By reading this book, you will learn a lot on how to live your life.Buku ini macam bagi strategi macammana nak value your life and make the best of it.Tak mahal pun,lepas diskaun 15%, jadi RM30.Nipis je bukunya...dan baunya harummmmm..ek ela,boleh plak.Hehe.Ok,till then, Bye.

Wassalam.

Tuesday, January 29, 2013

#1


Bangun pagi tanpa mesej "Good Morning" dari dia.Balik kerja aku terus landing atas tilam walaupun rutinnya aku tak sampai rumah dia dah pun telefon aku.Dah dua malam aku campak handphone aku entah kemana.Ringing volume aku setkan paling maksimun.Aku tunggu dia call aku.Tapi hampa.Bila saje handphone aku berdering, aku harap akan muncul wajah dia di skrin telefon aku.Tapi bukan dia.Terus rasa nak campak handphone ke dinding biar berkecai jadi debu.(kah kah kah).

Malam pertama tanpa dia.Aku renung siling.Posisi badan atas katil dah macam fetus dalam rahim sambil peluk bantal.Sungguh aku kekok tak tahu nak buat apa.Rutin dah berubah.Sunyi betul hidup aku takde dia.Tak sangka aku betul-betul rindukan dia sampai satu tahap bukan sahaja hati aku sakit dan perih, kepala pun berdenyut-denyut.Rasa ada yang kurang.Incomplete.

Aku pujuk diri sendiri.9 bulan bukannya lama,