Intan merengek manja sambil tangannya mengelus lembut bulu halus Lotpi, kucing peliharaan keluarga En.Asmadi dan Puan Tina.Lotpi hanya mendiamkan diri tanpa respon. Kucing berbulu putih baka Turkish Angora itu tenang sahaja membiarkan tangan Intan membelai manja dirinya. Barangkali juga sudah penat seharian melayan keletah Intan.
"Dah pukul 10 ni Intan.Esok kan Papa dengan Mama balik.Nanti Intan bangun lambat tak sempat pulak nak sambut salam cium peluk Mama dengan Papa."
Pujuk Mashitah lembut sambil matanya tertumpu kusyuk pada kaca televisen yang sedang menayangkan drama bersiri Melayu kegemarannya.
Pujuk Mashitah lembut sambil matanya tertumpu kusyuk pada kaca televisen yang sedang menayangkan drama bersiri Melayu kegemarannya.
Sudah tiga hari Mashitah mengambil upah menjadi babysitter kepada Intan semasa kedua-dua orang tuanya ke Indonesia atas urusan kerja. Menjaga Intan tidak sesusah mana. Budaknya baik, jenis mendengar kata. Tapi entah mengapa malam ini susah benar memujuk Intan ke kamar tidur.
"Intan kan budak baik. Budak baik kena tidur awal tau"
" Macammana dengan budak tu?Budak tu kena tidur awal jugak la kan?" Jawab Intan selamba. Mashitah agak tersentak dengan pertanyaan Intan. Suasana hening seketika . Budak?Budak mana pula yang dimaksudkan Intan ?
"Ah,imaginasi budak-budak"Mashitah memujuk hati untuk bertenang.
"Ah,imaginasi budak-budak"Mashitah memujuk hati untuk bertenang.
Namun, dalam takut-takut Mashitah bertanya
"Budak mana Intan?"
"Itu." Jari telunjuk Intan di hala ke ruang kosong sebelah piano di sudut rumah. KOSONG!
"Semalam dia datang bilik Intan.Dia nak main dengan Intan.Tapi macammana nak main dengan dia. Dia takde tangan la Kak Citah."