Dah lama betul tak menulis di laman blogspot ni.Post terakhir bertarikh 25 September 2015.Dah lebih setahun pun dan aku pun dah lupa post tersebut sebenarnya membiacarakan tentang apa kerana gambar-gambar yang aku upload dah terhapus dengan sendiri.
Alhamdulillah,masih diberikan kesempatan untuk bernafas oleh Allah hingga ke hari ini.Sekadar mahu update serba sedikit tentang hal-hal terkini hidup aku buat masa sekarang. Aku masih lagi tinggal di Langkawi bersama suami tersayang. Dulu bertiga sekarang berdua kerana putera sulungku Muhammad Adnin Hafiz bin Azree sudah pun berangkat bertemu penciptanya lebih kurang setengah tahun yang lalu pada tarikh 23/05/2016. Wildan syurgaku meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah (sepsis) pada usianya 10 bulan.
Keadaan kami baik-baik sahaja.Walaupun ada hari kami lemah,kami tiada pilihan.Harus berdiri kuat juga,Sebulan selepas keberangkatan baby Adnin, kami menerima berita gembira.Allah gantikan kami dengan kehadiran adinda kepada Adnin dalam rahim ku.Subhanallah, Maha Suci Allah.Sekarang, aku hamil 22 minggu dan besar kemungkinan kami bakal menerima cahaya mata perempuan awal April tahun depan.
Sekarang aku masih menyambung pelajaran di semester terakhir di UUM.Beberepa semester terpaksa ditunda kerana sibuk menguruskan arwah puteraku yang sakit.Aku masih bertarung menghabiskan kerja-kerja akhir sebelum menamatkan pelajaran.Ye,bertarung dengan air mata dan emosi.Aku mohon kepada sesiapa yang sedang membaca catatatanku ini agar mendoakan kesejahteraan diriku dan semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku di hari mendatang.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment