Susah nak mengaku diri ini sebenarnya anti-sosial. Aku lebih suka labelkan diri aku sebagai seorang introvert. Tapi tak layak jugak dipanggil intorvert sebab antara introvert dan anti-sosial banyak jurang perbezaannya. Bagi aku intovert ini statusnya lebih tinggi daripada antisosial sebab anti-sosial ni sebenarnya lebih cenderung dipandang nagatif oleh orang ramai (dan aku pun tak terkecuali juga selalu memandang serong pada diri sendiri )
Kenapa aku kata (dan mungkin (bukan mungkin barangkali, semua orang agaknya) orang lain juga kata) aku anti sosial, lihat sahaja sekeliling aku. I'm always alone! Haha. Rasa-rasanya kalau takde family and husband, dua entiti yang begitu rapat dengan aku, dah lama aku bermusafir ke negara orang. (Tapi of course la kalau aku kaya, kalau tak kaya nak musafir kemananya).
Kawan? Rasa-rasanya selain daripada member group wassap "The Good Old Days" tu, dah takdelah kot yang layak dipanggil kawan. Memang aku jenis tak reti berkawan. Kalau ada kawan, bila something wrong happens between us, sesuatu yang membuatkan aku tak selesa, I'll just leave. I don't chase peoples. If they don't like me, It's OK goodbye, I'm sorry. I'm used being friendless. Tetiba pulak teringat si Emy, Ana, Hani & Anis. Ya Allah, terus rasa bersalah. I'm sorry I have to leave you guys sebab aku rasa aku memang tak layak pun berkawan dengan korang so terpaksalah aku pilih jalan lain. Jalan yang boleh buat masing-masing happy dengan hidup masing sobsss huwaaa!
Aku memang suka sorang-sorang. ( Jap, ye ke? Ahah, confirmed, memang ye tanpa ragu ) Takde kawan,no problemmo. In fact aku lebih suka berkawan dengan manusia alam maya yang aku tak kenal lansung daripada berkawan dengan manusia-manusia yang aku lihat hari-hari. Tak sunyi pun. Yang aku tak suka adalah bila orang fikir aku ni "sorang-sorang". Bila ada orang tanya "Sorang je ke?". Ada yang lagi dashat " Makan sorang-sorang je ke? Kesian". Wowww...terus I rasa macam nak terajang biar pecah seribu muka tu. Haihzz...sangat rude tau tak bila buat orang lain nampak pathetic?
Sebab utama para antisosial suka berseorangan sebab mereka rasa lebih senang and selesa takde orang. Haha, mudah je sifirnya. Cakaplah nak cakap paranoid ke apa pun, yup aku memang cenderung untuk rasa kekok bila berada dikalangan ramai orang. Jenis berprasangaka buruk pun satu hal, rasa macam ada je benda tak kena dengan aku, pastu duk fikir mesti orang cakap bukan-bukan pasal aku ni kan haaaa padahal tak pun. Eh ye ke? See, paranoid lebey!
Aku memang tak gemar ber hai-hai bila jumpa orang yang aku kenal. Kadang-kadang bila aku nampak ko jauh-jauh, rela cilok jalan lain semata-mata tak mau berselisih dengan mereka. Tapi jangan salah faham, bukan sombong tapi itulah tak reti nak cakap cemana, memang indescribable. Dan aku juga memang takkan mulakan perbualan unless terpaksa lah sebab memang rasa sangat tak selesa. Awkward silence is my sweer and safe spot.
Dengan cara hidup yang aku yang cenggini, kadang-kadang terfikir jugaklah, apalah nak jadi dengan masa depan aku. Aku tak nak anak aku mewarisi perangai mak dia. Kau membesarlah wahai anak, jangan jadi anti-sosial nescaya engkau tidak akan dipandang serong oleh masayarakat. Susah nak cari orang yang betul-betul aku boleh bawak diri depan dia. tapi insya-allah aku akan positif. Bila aku dah jumpa, insya Allah, aku akan value kau sampai bila-bila.
Kepada kamu, kamu and kamu...please, janganlah misunderstood manusia-manusia seperti saya ni sebagai seorang yang sombong. Cara kita dibesarkan berbeza, kita jumpa orang yang berbeza, kita lalui masalah berbeza. Semua benda-benda tu sebenarnya yang membentuk diri kita hari ini. Bila jumpa orang anti-sosial macam aku ni, please jangan pandang serong pada kami. Bercakaplah dengan kami, buat kami selesa dengan anda ewwahahahaha, mengada betul.
till then, bye!
Muahzzz,
euw.