Pregnancy Countdown

 Pregnancy Ticker

Sunday, March 1, 2015

Ultrasound

Momen paling magik ketika sedang mengandung bagi aku adalah bila first time buat ultrasound. My first ultrasound ketika tu baby dah berusia 2 bulan so baby macam dah ada bentuk tak nampak macam gummy bear lagi dah. Doktor tunjuk kepala, tulang belakang dan kaki. Jantung pun dah berdegup. Wahai anak, mummy sangat-sangatlah excited masa ni. Nak nangis tapi terpaksa cover sebab apa kau ingat ni drama stesyen TV swasta nak ada adegan nangis-nangis...hehe.

Second ultrasound 2 minggu selepas tu. Tiba-tiba pendarahan berlaku sebesar 50 sen, terus dikejarkan ke bahagian kecemasan oleh suamiku dengan Myvi hitamnya. Alhamdulillah, bila scan doktor cakap baby OK, uri kat atas. No need to worry. Katanyalah doktor. Tapi masa tu baby tak gerak, Doktor kejut pun tak bangun-bangun jugak. 

Balik rumah selang dua tiga hari still ada darah tapi tak sepekat first day. Terbaca kat forum ibu mengandung, kalau berlaku pendarahan better jumpa doktor klinik swasta. So, my husband insist nak jumpa doktor klinik swasta jugak sebab dia pun tak puas kenapa doktor tak explain dari mana darah tu datang. Hari ketiga selepas pendarahan tu kami pergi Klinik Ummi, Ulu Melaka, Langkawi. 

Suami pun masuk sekali dengan aku, so itulah first time dia tengok produk dia dalam bentuk hitam putih. Jantung baby memang berdegup kencang...debar pulok mummy dia.Ahhaha..! Doktor cakap baby alhamdulillah, OK. Pendarahan berlaku sebab uri ada kat bawah tapi tak perlu bimbang sebab nanti uri tu akan naik sendiri suatu hari nanti, chewwahhh! Bayaran untuk scan standard la, RM 35 beserta sepapan ubat untuk kuatkan rahim, tak silap aku namanya gestrenol.

Scan keemepat dan terakhir setakat ini di Klinik Kesihatan Padang Mat Sirat. Jumpa doktor sebab nak check due date yang betul sebab first check ikut first day last period. Period aku tak teratur so kalau nak ikut tarikh period memang tak logik baby aku dah 4 bulan tapi panjang 4cm. Secara rasmi masa tu aku dah mengandung 13 minggu dan due date pulak jatuh pada 28/8/2015.Yay!

Next scan doktor tulis kat buku pink tu bila kandungan aku dah usia 7 bulan. Aiyohhh...lamanyalah lagi. Rasa mcam nak beli pulak mesin tu letak kat rumah so tiap2 hari la boleh tengok my baby..haha! Its OK, we will meet soon baby!Wait for me...harap-harap masa tu baby tak tido, dan aktif begerak sambil kekenyit mata dengan mummy. Duk diam-diam eh dalam sana baby. Semoga membesar jadi sihat dan sempurna.

Till we meet again, I love you.





No comments:

Post a Comment