Assalamualaikum,
Hihi, tetiba hari ni tulis posting bersalam-salam bagai macam pelik aje. Sebenarnyalakan, bukan rajin sangat pun nak menaip ni, tapi aku sekarang sedang stress mengenangkan dissertation bab 1 tak siap-siap lagi. Sedih mengenangkan aje la. Buatnya idok. Entahlah, sejak-sejak ada insan berumah dalam rahim ni, motivasi nak baca jurnal ni makin pudar sepudarnya. Kalau ngadap laptop mesti duk cari info pasal mak-mak mengandung je. Boleh dikatakan hari-hari lepak kat page FB kelab soal jawab ibu & bakal ibu comel. Habis status lama-lama aku korek-korek baca. Lepas lepak sana, agak-agak dah boring bukan reti nak sambung baca jurnal, tapi gatai pulak tangan pegi google nama-nama baby...akakaka, semangat kau Dila.
Alhamdulillah, dah 15 minggu usia baby dalam kandungan. I hope everything goes well sampai hari nak deliver. Selama 15 minggu ini rasanya semuanya macam smooth je kecuali ada la jugak hari-hari macam emosi tak stabil contohnya macam minggu ni kena tinggal suami hampir 2 minggu tuhan je tahu bagaimana menderitanya seorang isteri yang mithali ni bila ketiadaan suaminya di sisi, ekekekeke. Boleh dikatakan hari-hari aku nangis. Lepas nangis, nangis lagi. Amende la manja sangat perempuan ni, haihz. Mungkin sebab rasa macam kena abandoned kot...muahaha. Kesian laki I dia pun susah hati sebenarnya bila tahu keadaan aku cenggini haa. Nak je dia balik Kedah terus, tapi bos dia cakap NO!. Walaupun sakit hati dengan bos dia...akur aje la. Dah itu bos laki aku, takkan la aku nak gi maki bos dia pulok apa kau ingat aku ni anak Ketua Polis Negara. Muahaha!
OK, sambung cerita. Even lambat lagi nak masuk trimester ketiga, aku selalu jugak baca-baca pengalaman ibu bila melahirkan anak ni. Sebagai persediaan fizikal dan emosi la kengkonon la kan walaupun suami marah aku baca benda-benda macam sambil pujuk-pujuk "Beranak tak sakit la" -__-". Ewah ewah....seronok je laki I senang-senang je mendustai isteri nya macamlah I nak terpujuk dengan kata-kata U tu.Kalau bolehlah ditransfer sikit kesakitan melahirkan anak ni pada suami-suami, agak-agak dorang nak dan mampu ke...?Hehe
Sebelum ni relax-relax je baca cerita orang beranak ni. Ngilu memang ngilu. Takde pun yang kata best. Haha. Contraction 4cm, 5cm, 6cm sampai 10cm. Kena seluk la, kena jahit la kat bawah tu auwww...erk.Ngeri wei. Tapi macam aku cakap tadi la, relax je la kan.Nak tak nak kena harung jugak. Tapi hari ni tetiba tergatai tangan terbaca tulisan Namee Roslan kat blog dia yang bertajuk
bersalin normal vs bersalin Cesarean naaa kau, bertitik-titik air mata aku jatuh membasahi pipi. Aku tak tahu la kenapa tulisan dia tu macam tragik betul terus aku rasa demotivated nak bersalin normal. Tapi bila kau baca part bersalin Cesarean pun lebih kurang tragik jugak sebenarnya pastu kan sekarang ni aku rasa macam woahaaaaaa, macammana aku nak bersalin ni?Mampu ke?
Katanya la kan, sakit bersalin ni berpuluh-puluh kali ganda lebih sakit dari senggugut. Masalahnya sekarang aku ni senggugut tak sakit mana pun, kadang-kadang tak sakit langsung. Pastu aku pulak jenis macam tak selalu sakit, tak selalu luka, tak selalu kemalangan so memang aku ni jarang-jarang betul sakit. Jadinya macammanalah ye nanti aku dalam labor room tu nanti. Maunya histeria aku time tengah-tengah nak beranak tu.Hew hew~~
Aku pun pernah tanya mak aku jugak "Macammana eh nanti nak beranak tu, kena meraung ke?Malunya?"
Mak aku pelik "Nak meraung apanya, istigfar la banyak-banyak". Selamba je mak aku jawab macam tu maknanya aku rasa tak la kot akan ada adegan raung-meraung dalam labor room macam selalu dipaparkan dalam adegan drama-drama swasta kat TV tu. Anyway, setakat ni tiada apa yang aku harapkan selain baby yang bakal aku lahirkan sihat walafiat tanpa cacat cela. Mama sakit takpe, asal baby sihat...hihihi.Ngadanya pulak rasa bermama-mama ni padahal previous entry bermummy-mummy...fefeling Rozita Che Wan sangat ko Dila kan.