Pregnancy Countdown

 Pregnancy Ticker

Wednesday, April 15, 2015

Tak pernah terlambat untuk belajar

Gambar sebagai hiasan..lalalala

Mempunyai seorang isteri yang pandai memasak adalah impian setiap para suami di luar sana. Namun apakan daya, tidak semua suami bertuah mengahwini isteri yang sebegitu dan suami aku  juga termasuk dalam golongan lelaki-lelaki malang tersebut.Hahha. Sebenarnya sebelum kami berkahwin lagi aku dah cakap-cakap awal dengan dia, "Awok, saya tak pandai masok ni. Awak kisah tak?". Dan lelaki tersebut dengan penuh gentelmannya menjawab "It's OK la sayang. Saya kahwin dengan awak bukan sebab nak makan pun.Kalau kahwin sebab nak makan sedap baik saya kawen dengan tokey ke makan ,awok eh", Erkkk....si girlfriend ketika itu punyalah happy melompat-lompat keriangan sebab bakal laki tak kisah bakal isteri tak pandai masak . Yippie yippie..!

Jadinya lepas kahwin tu, memang betullah suami aku ni memang tak kisah aku tak pandai masak. Balik kerja call "Awak,siap-siap cepat saya tunggu kat bawah ni nak gi makan". Auwww...mula-mula kahwin tu memang la rasa macam ahhhhh, sweetnya laki aku ni. Supporting gila, bini tak masak tak bising pun!. Pastu sekarang dah 4 5 bulan kahwin asyik makan kat luar, aku pun mula rasa macam ada sesuatu yang tak kena nehh...tak boleh jadi  macam ni. Tetiba teringat pulak cita-cita nak jadi seorang isteri yang rajin, berkaliber serta mithali suatu masa dahulu. Tapi sekarang apa dah jadi...perangai hangat-hangat tahi ayam betul -_-"

So, bila kesedaran tu dah mula datang, aku pun slow-slow bukak azam baru. Jangan diikutkan sangat bisikan syaitonnirrojim tu. "It's never too late to learn Dila" getus hatiku. Aku ni skill memasak ni bukanlah sampai level zero tak reti masak apa lansung. Setakat masak benda simple- simple tu jadi le. Ye lah, kalau dah masak simple-simple ni hasilnya pun taklah  menyelerakan sangat. Suami tengok pun jeling-jeling gitu je, makan pun tak selera mana. Pernah aku masak ikan singgang, tak menjadi.Muahaha...padahal ikan singgang tu la sesimple-simple lauk kalau suruh budak darjah enam masak pun gerenti jadi. Suami complain jugak la, "Apasal tawar sangat ni , Mek", Muaha, terus nama ganti diri "sayang" ditukar menjadi "MEK" -..-"

Masa tu rasa macam down jugakla. Rasa macam useless sangat. Nak nangis pun ada sambil terfikir apakah dalam dua tiga tahu lagi aku bakal dimadukan sebab tak pandai masak T_T. Aku tak salahkan laki aku pun buatkan aku kuciwa dengan diri sendiri sebab aku makan pun memang tawar sampai kena cicah dengan budu nak bagi kuah masih sikt...aigoooo..! Dah memang tawar takkanlah suami nak "cakap sedap tak terperi la awak masak ari ni sayang". Hahha...

OKlah, itu episod lauk tak sedap. So, esoknya aku cubalah google-google resipi simple kat internet. Terjumpalah satu resipi ni. Resipi rahsia sebab takut korang gelakkan aku sebab resipi simple sangat...hahaha. Resipi ni simple, tapi memang favourite ayah aku kat kampung dan semestinya bukan favourite aku sebab aku memang tak suka makan masakan bersantan. Tapi takpela sebab kebetulan pulak bahan-bahan kat dapur cukup, so apalagi bersilatlah aku kat dapur. Nak masak tu bukan main aku berselawat baca al-fatihah bagai konon-konon nak bagi sedaplah.Hi Hi.

So, petang tu suami aku balik kerja  ajak makan kat luar, aku cakap dah makan masak sendiri. Terus air muka suami berubah. Hahhhaaa..... dalam hati suami mungkinlah dia cakap macam ni "Alamak, kena makan makanan tak sedap lagi ni". Ah, dulik apa aku...lepas suami selesai solat terhidanglah semua lauk-pauk yang aku buat tu. Suami muka dah kelat dah tapi bila tertengok lauk yang aku buat, dia macam "Eh, saya suka ni". Jeng jeng jeng....lulus ujian pertama dia suka aku masak lauk tu. So, ujian kedua, macammana pulak rasanya?. Debo jugaklah tunggu respon, tapi Alhamdulillah, dia cakap "Esok buat lauk macam ni lagi la ye sayang" Muahahaha, aku tak tahu aku patut gembira ke tak atas feedback tersebut, rasa macam OKla sebab sedap tapi bila dia suruh masak lauk sama rasa macam eh, dia ingat aku ni pandai masak ni je ke?Haha.

Buat masa sekarang aku memang tengah gigih belajar masak. Gigih cari resipi-resipi kat internet. Gigih call mak kat kampung tanya macammana nak masak itu ini. Aku dah pesan siap-siap kat suami suruh dia bersabar sikit, bagitahu dia jugak aku tengah berusaha dan harap dia bagi sokongan. Alhamdulillah, setakat ni suami aku OK je. Kadang-kadang bila aku masak tak ikut selera tekak dia, dia telan je. Aku pulak naik kesian dan rasa bersalah teramat. Kalaulah mak mertua  tahu aku bagi makan lauk tahpape je kat anak dia mesti dia sedeyyy...sebab anak kesayangan dia kot laki aku ni. Sorry, Ma. Tunggu eh, menantu nak kena kayuh pelan-pelan.

Akhir kata nak cakapnya kat sini, usaha tangga kejayaan..haha. You go girl. Kepada isteri-isteri yang skill memasaknya tak seberapa macam aku  tu aku sarankan jomlah kita bertatih sikit demi sikit. belajar apa yang patut. Macam orang tua-tua cakap nak tambat hati suami, tambat perutnya dahulu :P. Lagi satu, kalau boleh kalau nak masak tu janganlah masak syok sendiri. Jangan masak ikut sedap tekak kita je.Ambil kira jugak tekak suami. Barulah suami sayang, aummmm.Ahakzzz.

OKlah, kita tunggu beberapa bulan lagi. Aku akan update my cooking skill improvement. Improve ke? Yang tu kita tak tahu. Tapi aku berharap akan sentiasa istiqamah untuk buat suami aku gembira. Sambil-sambil tu jugak berharap agar suami sayangah aku sorang saje sampai bila-bila, no nombor dua tiga, nehi nehi babujey. I tak rela

 -__-"



No comments:

Post a Comment